Pages

Tuesday 17 September 2013

polibeg

ini polibeg saiz 16 X16 yang saya gunakan untuk tanam cili padi bara


Tanaman cili padi bara 1 bulan - update

Tanaman cili padi bara saya sudah masuk 1 bulan ditanam di polibeg





Thursday 12 September 2013

Cara membuat effective microorganism untuk baja tanaman

Cara-cara membuat  effective micro-organism

Bahan-bahan:
1. Sayur buangan atau buah
2. Gula Merah
3. Air tanpa klorin (air sungai/air hujan)


Cara Membuat
1.Potong kecil-kecil sayur atau buah-buahan
2.Campurkan gula merah
3.Campurkan juga air tanpa klorin
4.Tutup di dalam balang plastik atau kaca.
5.Biarkan selama 3 minggu.
6.Asingkan sisa sayur atau buah, ambil air nya.

Cara pengunaan
1 sudu em dicampurkan ke dalam 5 liter air tanpa klorin  kemudian siram tanaman sekali seminggu.


Cili padi centil

Tanaman cili padi centil ini merupakan projek pertama saya sebelum saya menanam cili padi bara.Pada mulanya saya hanya menanam secara kecil-kecilan hanya beberapa pokok sahaja.

Projek ini adalah merupakan projek eksperimen  disamping untuk menimba pengalaman cara dan kaedah yang betul untuk menanam dan menangani serangga perosak tanaman cili padi.

Projek Eksperimen ini berjaya dan menghasilkan buah yang banyak.Kemudian bermula lah projek tanaman cili saya yang lain.








Wednesday 11 September 2013

Plug kereta tercabut

Entry blog hari  ini tidak ada kaitan dengan tanaman cili . cuma cerita selingan sahaja.
Hari ini merupakan hari kejadian tanpa diduga plug kereta saya tercabut semasa saya sedang memandu kereta ke tempat kerja.

Saya terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan kerana bunyi bising  semasa menekan pedal minyak kereta dan tiada power.



















Kereta tersadai di tepi jalan menunggu kakak datang untuk memasang plug sebab tidak bawa peralatan  untuk memasang plug kereta.Hari ini terpaksa datang kerja lambat.