Seronoknya bertani.
Blog ini adalah berkaitan dengan tanaman cili organik.Ada pelbagai jenis cili yang saya tanam seperti cili padi centil , cili padi bara,lada putih Sabah , cili kulai dan banyak lagi jenis cili.
Menanam cili bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlu penjagaan dan cara yang betul untuk mendapatkan hasil yang di ingini.
Tanaman yang saya usahakan adalah secara organik hanya menggunakan kompos , efective microorganism (em) dan sedikit baja tahi ayam.
Cara pengendalian serangga perosak juga tanpa menggunakan racun serangga.Antara cara pengendalian serangga yang saya lakukan ialah seperti pelekat serangga berwarna kuning dan sistem tanaman buddy.
Lokasi tanaman cili saya adalah di Tuaran Sabah Malaysia.
Sekian , selamat membaca .
by dedaun alam
oktober 2013