Pages

Tuesday 17 September 2013

polibeg

ini polibeg saiz 16 X16 yang saya gunakan untuk tanam cili padi bara


Tanaman cili padi bara 1 bulan - update

Tanaman cili padi bara saya sudah masuk 1 bulan ditanam di polibeg





Thursday 12 September 2013

Cara membuat effective microorganism untuk baja tanaman

Cara-cara membuat  effective micro-organism

Bahan-bahan:
1. Sayur buangan atau buah
2. Gula Merah
3. Air tanpa klorin (air sungai/air hujan)


Cara Membuat
1.Potong kecil-kecil sayur atau buah-buahan
2.Campurkan gula merah
3.Campurkan juga air tanpa klorin
4.Tutup di dalam balang plastik atau kaca.
5.Biarkan selama 3 minggu.
6.Asingkan sisa sayur atau buah, ambil air nya.

Cara pengunaan
1 sudu em dicampurkan ke dalam 5 liter air tanpa klorin  kemudian siram tanaman sekali seminggu.


Cili padi centil

Tanaman cili padi centil ini merupakan projek pertama saya sebelum saya menanam cili padi bara.Pada mulanya saya hanya menanam secara kecil-kecilan hanya beberapa pokok sahaja.

Projek ini adalah merupakan projek eksperimen  disamping untuk menimba pengalaman cara dan kaedah yang betul untuk menanam dan menangani serangga perosak tanaman cili padi.

Projek Eksperimen ini berjaya dan menghasilkan buah yang banyak.Kemudian bermula lah projek tanaman cili saya yang lain.








Wednesday 11 September 2013

Plug kereta tercabut

Entry blog hari  ini tidak ada kaitan dengan tanaman cili . cuma cerita selingan sahaja.
Hari ini merupakan hari kejadian tanpa diduga plug kereta saya tercabut semasa saya sedang memandu kereta ke tempat kerja.

Saya terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan kerana bunyi bising  semasa menekan pedal minyak kereta dan tiada power.



















Kereta tersadai di tepi jalan menunggu kakak datang untuk memasang plug sebab tidak bawa peralatan  untuk memasang plug kereta.Hari ini terpaksa datang kerja lambat.


Cili berbuah di tengah-tengah cabang

sangat seronok melihat cili yang ditanam masak ranum di pokok macam mau petik rasanya. Buah cili ini pelik apabila ia tumbuh di tengah-tengah ranting.
Cili ini saya tidak tahu dari jenis baka apa .Benih cili ini saya ambil dari kebun majikan saya satu ketika dahulu.

mungkin juga dari jenis baka cili padi kampung atau cili padi burung kerana rasa dia boleh tahan pedasnya.
Kelihatan daun-daun cili ini diserang serangga kerana jarang di ambil perhatian.

Rasa cili ini pedas dan banyak ranting.

Hasil dari kebun

Sejak kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai pertanian organik, permaculture dan Genetically Modified Organism.Melalui pembacaan saya, kebanyakan penyakit yang kerap dihidapi adalah datang dari makanan yang kita makan. Oleh itu  haruslah menghasilkan makanan kita sendiri agar makanan yang kita makan selamat untuk dimakan.

Kebanyakan sayur dan buah yang kita beli di pasar  terlalu banyak bahan kimia/racun dan boleh menyebabkan penyakit.

Ini lah hasil dari kebun saya, segar dan selamat untuk dimakan. tiada kandungan racun dan baja kimia.



Tanaman Cili Centil Projek Eksperimen


Ini merupakan projek Eksperimen tanaman cili  padi organik saya yang pertama.Cili yang saya tanam ini ialah dari jenis centil, pokoknya tinggi dan saya terpaksa menggunakan pokok buluh untuk menyokong pokok cili ini,

Buah cili padi centil ini lebih besar  dan berat berbanding dengan  cili padi burung .


Tuesday 10 September 2013

cili padi bara berusia 3 minggu selepas ditanam dari semaian

Cili padi bara ini baru berusia 3 minggu sudahpun berbuah.Pokok cili padi bara ini rendah dan berbuah dengan cepat.

Amatlah saya syorkan untuk menanam  cili jenis ini kerana kita boleh mendapatkan hasil dengan cepat .




kawalan serangga tanpa pengunaan racun

Tanaman secara organik adalah tanaman tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga.Kaedah menangani serangga yang saya gunakan ialah dengan mengunakan perangkap berwarna kuning untuk memerangkap serangga yang menyerang cili padi.

Perangkap ini berwarna kuning adalah untuk menarik perhatian serangga pada waktu malam untuk mendekati perangakap dan akhirnya serangga tersebut melekat.

Satu kelemahan menggunakan cara ini ialah serangga yang baik juga akan sama-sama terperangkap.



Pot semaian benih cili padi

Saya menggunakan pot semaian supaya senang untuk mengalihkan dan menanam semaian.Pot semaian ini diperbuat dari plastik dan mempunyai lubang semaian.Jumlah lubang dan saiz lubang pot semaian adalah berbeza-beza.

Pengunaan pot semaian ini amat memudahkan untuk transplant (mengalihkan) tanaman .





Tanam cili padi bara menggunakan polibeg



polibeg saiz 16 X16 di isi dengan tanah

cili padi bara yang berusia 3 minggu dan sedia dialih kan
 
 cili padi bara di alihkan ke polibeg